Berita & Artikel Islam

Ikuti perkembangan terkini dunia Islam, kupasan ilmiah, serta perkongsian bermanfaat daripada sumber rasmi dan berautoriti untuk panduan dan inspirasi ummah.

Memperkasa Kemahiran Bimbingan Dan Khidmat Nasihat Berasaskan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam

Memperkasa Kemahiran Bimbingan Dan Khidmat Nasihat Berasaskan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam

  25 JUN 2026 / 9 MUHARAM 1448H I BUKIT AMAN, KUALA LUMPUR Sebagai komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem pembangunan kesejahteraan insan berteraskan nilai-nilai Islam, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis di Raja Malaysia (PDRM) melaksanakan Bengkel Latihan Bimbingan dan Khidmat Nasihat berasaskan Kaunseling Syarie dan Psikospiritual Islam dengan aplikasi teori Imam Al-Ghazali. Program satu hari yang diadakan di Dewan Seminar Masjid PDRM Bukit Aman Kuala Lumpur dihadiri oleh 44 orang pegawai hal ehwal Islam yang bertugas di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Bengkel ini dirangka sebagai inisiatif strategik bagi memperkasa kefahaman, kemahiran serta kompetensi dalam pengendalian khidmat bimbingan secara lebih holistik dan berimpak tinggi dalam memperkenalkan pendekatan intervensi psikospiritual Islam yang berpaksikan pemikiran agung Imam Al-Ghazali, khususnya dalam aspek pemulihan jiwa, pembangunan keseimbangan emosi, pengukuhan spiritual serta pembinaan keperibadian insan yang sejahtera menurut kerangka Islam yang syumul. Antara objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah bagi meningkatkan  pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan pendekatan psikospiritual Islam sebagai asas penting dalam pengurusan bimbingan dan khidmat nasihat kepada klien. Selain itu ianya juga bertujuan bagi membina keupayaan pegawai kader JAKIM yang berkhidmat di PDRM dalam melaksanakan intervensi merangkumi pemulihan rohani, penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) serta pengukuhan hubungan kehambaan kepada Allah SWT. Perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang pakar dalam bidang telah membuka minda para peserta dalam mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam proses memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada klien kelak. Slot perkongsian ilmu dan simulasi kaunseling syarie dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Md Noor bin Saper, pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau juga terlibat secara langsung dalam membangunkan modul berkaitan bersama Bahagian KSK JAKIM. Pendekatan ini diyakini mampu melahirkan pengamal khidmat nasihat yang bukan sekadar berfungsi sebagai pemberi panduan, malah berperanan sebagai agen pemulihan jiwa, pembina kesejahteraan emosi dan pemangkin transformasi kehidupan masyarakat. “Menyentuh Jiwa, Membina Insan, Mengangkat Kesejahteraan Ummah.”

30 Jun 2026, 12:24 AM
Bicara Bapa Qawwam Siri 1: “Ayah, Bukan Sekadar Nafkah”

Bicara Bapa Qawwam Siri 1: “Ayah, Bukan Sekadar Nafkah”

  PUTRAJAYA, 22 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Bicara Bapa Qawwam (B.B.Q) Siri 1 secara atas talian sempena sambutan Hari Bapa dengan mengangkat topik “Ayah, Bukan Sekadar Nafkah”, yang menampilkan Tuan Fhais Salim, seorang Perunding Keibubapaan dan pempengaruh. Siri pertama ini memberi penekanan mengenai kepentingan kehadiran seorang ayah dalam kehidupan anak-anak, bukan sahaja sebagai penyedia nafkah, malah sebagai pendidik, pembimbing dan sumber sokongan emosi kepada keluarga. Program yang mendapat lebih 1000 penyertaan ini juga mengajak para ayah untuk menilai kembali peranan mereka dalam membina hubungan yang berkualiti dengan anak-anak serta menjadi contoh teladan yang baik dalam aspek akhlak, kepimpinan dan penghayatan nilai-nilai Islam. Penganjuran Bicara Bapa Qawwam (B.B.Q) merupakan salah satu inisiatif JAKIM dalam memperkukuh institusi keluarga melalui pengukuhan peranan lelaki sebagai pemimpin keluarga yang bertanggungjawab, penyayang dan berintegriti. Program ini akan diteruskan secara bersiri dengan pelbagai topik yang menyentuh isu kekeluargaan, keibubapaan dan pembangunan sahsiah lelaki.  

30 Jun 2026, 12:03 AM
Kolaborasi Penganjuran Bengkel Kemahiran Asas Khidmat Nasihat Dan Bimbingan Agama

Kolaborasi Penganjuran Bengkel Kemahiran Asas Khidmat Nasihat Dan Bimbingan Agama

  24 JUN 2026 / 8 MUHARAM 1448H I SERDANG SELANGOR, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) berkolaborasi dengan Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Asas Khidmat Nasihat dan Bimbingan Agama. Program separuh hari ini diadakan di Bilik Seminar Al-Biruni Smart Space Masjid UPM dihadiri oleh 20 orang pegawai dan kakitangan Pusat Islam dan juga anggota perkhidmatan UPM dari fakulti veterina serta fakulti sains kemanusiaan. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan kemahiran dan pengetahuan kepada para peserta dalam mengaplikasi pendekatan kaunseling syarie serta psikospiritual Islam secara integrasi semasa mengendalikan sesi khidmat nasihat dan bimbingan agama kepada klien. Ucapan Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Zuhaimi bin Abdul Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM. Perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang pakar dalam bidang telah membuka minda para peserta dalam mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam proses memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada klien kelak. Slot perkongsian ilmu dan simulasi kaunseling syarie dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Md Noor bin Saper, pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau juga terlibat secara langsung dalam membangunkan modul berkaitan bersama Bahagian KSK JAKIM. Semoga dengan penganjuran program begini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada peserta selanjutnya dapat memberi perkhidmatan dengan lebih berkesan.    

29 Jun 2026, 11:46 PM
Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Bulan Madu & Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Kedah 2026

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Bulan Madu & Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Kedah 2026

ALOR SETAR, KEDAH, 18-20 JUN 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Bulan Madu & Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Kedah 2026 pada 18-20 Jun 2026 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah. Peserta kursus terdiri daripada masyarakat awam seramai 30 orang (15 pasang suami isteri) yang terpilih dan dalam lingkungan usia perkahwinan antara 0-10 tahun di setiap daerah di negeri Kedah. Kursus ini bertujuan untuk untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia. Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr. Nurul Najuwa binti Sazali, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Kedah dan Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En. Mohd Faizal Mohd Salleh selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala slot Motivasi disampaikan oleh En. Mohd Farid bin Mohamad Japeri, Penolong Pengarah Kanan AADK dan Pengurusan serta Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga oleh En. Abdul Rahman bin Mat Sulaiman, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En. Mohd Firdauz Bin Mohd Shurkan dan En. Mohd Khairil Nizam bin Jaludin. Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Hazizan bin Mat Desa , Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JHEAIK mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah manakala ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu & Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Kedah 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

23 Jun 2026, 01:19 AM
Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Johor 2026

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Johor 2026

PENGERANG, JOHOR, 12-14 JUN 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Johor 2026 pada 12-14 Jun 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Lotus Seaview Resort, Pengerang, Johor. Peserta kursus adalah seramai 18 pasangan suami isteri (36 orang) yang terdiri daripada msyarakat awam dan pasangan masing-masing di setiap daerah di negeri Johor. Kursus ini bertujuan untuk  untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia. Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr Norhasimah binti Ismail, Pesara Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pengurusan Kewangan Keluarga oleh Pn. Junainah binti Ahmad Esa selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala slot Motivasi dan Pengurusan serta Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga  disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Muar, Johor. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En. Muhamad Asri bin Abd Razak dan  En. Afif Aisar bin Ahmad. Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor manakala ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Johor 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

23 Jun 2026, 12:47 AM
Undang-Undang Keluarga Islam Perlu Sentiasa Memenuhi Keperluan Dan Mendepani Cabaran Semasa

Undang-Undang Keluarga Islam Perlu Sentiasa Memenuhi Keperluan Dan Mendepani Cabaran Semasa

  Putrajaya, 15 Jun 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Perundangan Syariah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) Bil. 2 bertempat di Bilik Mesyuarat ar-Rasyid, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Pelaksanaan mesyuarat ini bagi membincang, menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap Akta/ Enakmen Keluarga Islam Negeri sedia ada. Selaras dengan dinamika prosedur undang-undang, teknologi, dan pembangunan maklumat, pindaan terhadap Rang Undang-Undang Keluarga Islam amat perlu dilaksanakan demi mendepani cabaran semasa dan akan datang.

23 Jun 2026, 12:16 AM
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (FARAID) Bil. 2 Tahun 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (FARAID) Bil. 2 Tahun 2026

Shah Alam, Selangor, 18 - 20 Mei 2026 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berperanan  memperkasakan penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam termasuklah pengurusan harta pusaka.  Melalui melalui Bahagian Perundangan Syariah, JAKIM telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Faraid) Bil. 2 Tahun 2026 pada 18 hingga 20 Mei 2026 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyedia dan menggubal draf Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Faraid) dengan membincangkan isu dan permasalahan berbangkit dalam proses pengurusan faraid. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hidayat bin Buang, Profesor Kehormat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Zamro bin Muda, Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia; wakil Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara; wakil Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan; wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; wakil Majlis Agama Islam Selangor dan Penasihat Undang-Undang, JAKIM. Mesyuarat juga telah mengikuti dua (2) pembentangan bertajuk “Prosedur Pendengaran Kes Harta Pusaka Orang Islam di Mahkamah Sivil” yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Hirman bin Raub, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Klang, Selangor; dan “Prosedur Pendengaran Kes Faraid di Mahkamah Syariah” yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Amir bin Haji Ariffin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

02 Jun 2026, 09:03 PM
Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 2026

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 2026

MIRI, SARAWAK, 22-24 MEI 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 2026 pada 22-24 MEI 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Meritz Hotel, Miri Sarawak. Peserta kursus adalah seramai 18 pasangan suami isteri (36 orang) yang terdiri daripada masyarakat awam bersama pasangan di Bahagian Miri, Sarawak. Kursus ini bertujuan untuk  untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia. Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr. Farrah Qistina binti Azaha, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En. Yeo Wee Kiak selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Motivasi dan Pengurusan Psikologi oleh Puan Nur Hamni binti Sazali selaku Pegawai Tadbir (Psikologi) Jabatan Agama Islam Sarawak serta Pengurusan Stres Melalui Ibadah dalam Rumah Tangga yang disampaikan oleh Puan Sakinah binti Harun, Penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam Sarawak. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En. En. Hasli bin Othman dan  En.  Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof. Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak manakala ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

02 Jun 2026, 07:42 PM
Ringkasan AI Artikel
×

AI sedang menjana ringkasan...