Bicara Bapa Qawwam Siri 1: “Ayah, Bukan Sekadar Nafkah”
PUTRAJAYA, 22 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Bicara Bapa Qawwam (B.B.Q) Siri 1 secara atas talian sempena sambutan Hari Bapa dengan mengangkat topik “Ayah, Bukan Sekadar Nafkah”, yang menampilkan Tuan Fhais Salim, seorang Perunding Keibubapaan dan pempengaruh. Siri pertama ini memberi penekanan mengenai kepentingan kehadiran seorang ayah dalam kehidupan anak-anak, bukan sahaja sebagai penyedia nafkah, malah sebagai pendidik, pembimbing dan sumber sokongan emosi kepada keluarga. Program yang mendapat lebih 1000 penyertaan ini juga mengajak para ayah untuk menilai kembali peranan mereka dalam membina hubungan yang berkualiti dengan anak-anak serta menjadi contoh teladan yang baik dalam aspek akhlak, kepimpinan dan penghayatan nilai-nilai Islam. Penganjuran Bicara Bapa Qawwam (B.B.Q) merupakan salah satu inisiatif JAKIM dalam memperkukuh institusi keluarga melalui pengukuhan peranan lelaki sebagai pemimpin keluarga yang bertanggungjawab, penyayang dan berintegriti. Program ini akan diteruskan secara bersiri dengan pelbagai topik yang menyentuh isu kekeluargaan, keibubapaan dan pembangunan sahsiah lelaki.
30 Jun 2026, 12:03 AM