Ibadah korban adalah amalan penyembelihan haiwan ternakan seperti lembu atau kambing sempena Hari Raya Aidiladha. Ia dilakukan sebagai tanda ketaatan kepada Allah dan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui pengagihan daging korban mengikut syariat Islam.
Daftar secara dalam talian atau di kaunter Surau Al-Akhyar.
Pilih jenis korban seperti lembu atau kambing.
Buat bayaran mengikut bahagian yang dipilih
Haiwan disembelih oleh pihak yang bertauliah.
Daging korban diagihkan kepada peserta dan golongan asnaf.
Nama penuh peserta
Nombor Kad Pengenalan
Nombor telefon
Bilangan bahagian korban
Alamat rumah
Korban berasal dari perkataan bahasa Arab. Ia juga disebut sebagai al-udhiyyah yang bererti binatang sembelihan seperti unta, lembu, dan kambing yang disembelih pada hari raya AidilAdha dan hari-hari tasyriq (11, 12, 13 zulhijjah) sebagai bentuk ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.
Ada sebahagian pandangan yang mewajibkan ibadah Korban. Antaranya adalah pandangan daripada mazhab Hanafi. Berdalilkan hadith dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memiliki kemampuan tetapi tidak menyembelih Korban, janganlah mendekati tempat solat kami.” [HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim mensahihkannya]. Namun, majoriti ulama’ bersepakat bahawa hukum ibadah Korban adalah Sunat Muakkad (sunnah yang sangat dituntut).
Keutamaan bagi sembelihan Korban adalah haiwan yang mempunyai daging lebih banyak. Jika diikutkan turutan, Unta seekor adalah lebih afdhal, diikuti Lembu seekor, dan seterusnya Kambing. Jika dipecahkan kepada bahagian daging, afdhal bermula seekor Kambing, sebahagian Unta dan seterusnya sebahagian Lembu.
Bagi sembelihan seekor lembu ataupun unta, ianya boleh dikongsikan kepada 7 bahagian. Ini berdalilkan hadith daripada Jabir bin Abdullah RA:
نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
Maksudnya: Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian.[HR Muslim, Abu Daud & Al-Tirmizi]
Hukum ibadah Korban ialah Sunat Muakkad (sunnah yang digalakkan) yang dianggap sunat kifayah, yakni jika ramai ahli dalam sebuah rumah maka memadai seorang saja melakukan ibadah kurban dan pahalanya dikongsi bersama. Berdalilkan hadith Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w berkorban dua ekor kibasy dan bersabda:
بِاسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah! Terimalah (korbanini) daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad.
Berkata Imam al-Nawawi:
“Ulama’ berpandukan hadith ini bagi membenarkan ibadah korban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafieyyah) dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”[al-Minhaj]
Tetapi sebaiknya jika dapat dilakukan sembelihan korban secara bersendirian tanpa berkongsi, itu adalah lebih baik.
Ulama’ berselisih pendapat di dalam soal ini.
Sebahagian pandangan Syafieyah mengatakan tidak sah Korban buat si mati melainkan jika arwah telah berwasiat untuk dilakukan Korban bagi pihaknya.
Sebahagian pandangan lagi membolehkan orang yang masih hidup untuk lakukan Korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pandangan jumhur (sepakat) Ulama’, merangkumi sebahagian Syafieyah, Hanafiyah, Malikiyyah serta Hanabilah.